MEMILIKI kereta selepas menamatkan pengajian di universiti menjadi idaman di kalangan siswazah kerana aset berkenaan menjadi tuntutan kepada golongan itu untuk bekerja. Namun, bukan semua siswazah mampu memiliki kenderaan sendiri kerana perlu membayar deposit 10 peratus.
Menyedari hal ini, Bank Islam memperkenalkan Skim GradHitz Bank Islam pada awal 2010 yang dapat membantu golongan ini membeli kenderaan pada awal kerjaya mereka.
Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin bersama Pengurus Besar, Perbankan Pengguna, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Khairul Kamarudin mengenai perkembangan skim berkenaan selepas ianya diperkenalkan.
APAKAH kelebihan skim yang ditawarkan Bank Islam melalui Skim GradHitz Bank Islam kepada siswazah?
Kami menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus kepada pemohon yang layak, tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun, kadar keuntungan yang kompetitif dan yang paling utama skim seperti ini hanya ditawarkan oleh Bank Islam.
Selepas setahun skim ini diperkenalkan, bagaimana sambutan yang diterima?
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana pemohon skim ini bukan saja golongan Melayu, tetapi turut dimohon bukan Melayu dan ini menunjukkan pelanggan sudah pandai menilai serta menghargai produk perbankan berlandaskan syariah. Selain itu, skim ini juga menjadi penyumbang utama kepada portfolio pembiayaan di Bank Islam.
Apakah syarat untuk memohon skim ini?
Pemohon mestilah warga negara Malaysia, memiliki pekerjaan dan jika mereka memohon di bawah skim Gradhitz, sekurang-kurangnya memiliki kelulusan diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf Bank Negara serta mematuhi beberapa syarat lain yang ditetapkan bank dari semasa ke semasa.
Adakah pemohon hanya boleh membeli kereta tempatan saja?
Tidak, pembiayaan ini terbuka kepada semua pembelian kenderaan tempatan dan luar negara, tetapi Bank Islam membenarkan pemohon untuk pembiayaan kenderaan baru saja.
Jumlah maksimum pinjaman yang ditawarkan?
Jumlah ini tidak ditetapkan kerana bergantung kepada harga jualan di atas jalan (OTR) bagi setiap model dan mengikut kemampuan pemohon sendiri.
Difahamkan skim ini tidak memerlukan peminjam membayar deposit, tidakkah ia akan membebankan peminjam dalam tempoh masa yang panjang?
Pembiayaan 100 peratus ditawarkan kepada graduan baru saja untuk mempermudahkan mereka menapak di alam pekerjaan. Mengikut rekod bank, pembiayaan tidak berbayar untuk pembiayaan kenderaan adalah sangat kecil dan perkara ini dapat kami capai kerana kelulusan yang kami berikan agak terhad.
Berapa lama skim ini akan terus dibuka kepada siswazah dan adakah sebarang pembaikan syarat akan dilakukan dalam tempoh terdekat?
Memandangkan kepada sambutan baik yang diberikan, Skim ini akan diteruskan dan penambahbaikan syarat akan dibuat berdasarkan keperluan semasa.

Sumber: myMetro
P/S: Bagi yang berminat untuk memiliki kenderaan Perodua dengan skim ini, anda boleh menghubungi 010-540-4277
Sumber: myMetro
Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
BalasPadamTiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)
klik disini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
Diulangi HANYA RM20
salam..sebagaimana maklum,skimgrad tidak perlukan bayaran deposit.jika saya membayar deposit rm 5k,berapa bayaran bulanan untuk tempoh 10 tahun pinjaman dengan harga rm49 499?
BalasPadam