
Sama ada untuk 5000 batu atau 10,000 batu yang pertama, terdapat perkara asas yang anda mesti lakukan apabila menservis kereta. Hanya jika anda mahir tentang kereta anda, kami cadangkan biarlah mereka yang pakar sahaja memeriksa kereta anda. Tetapi tiada salahnya mengetahui serba sedikit ilmu asas memeriksa kereta supaya jika lain kali terdapat sebarang masalah, anda tahu apa yang perlu dibaiki. Atau jika terdapat sebarang tanda-tanda masalah akan berlaku, anda boleh mengenalpasti dan sekaligus menjimatkan wang upah mekanik. Dan lebih buruk lagi, berlakunya kerosakan fizikal pada badan, penyambung ataupun tayar. Sedikit tip pada senarai semak termasuklah:
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 5,000KM DAN 10,000KM
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 5,000KM DAN 10,000KM
- Tukar minyak enjin dan penapisnya
- Periksa semua hos yang ada
- Periksa semua ‘belt’
- Periksa paras cecair kenderaan anda.
- Periksa sistem lampu kenderaan anda (adakah kesemua lampu berfungsi?)
- Periksa pengelap cermin hadapan anda.
- Periksa brek
- Periksa tayar. Periksa bunga tayar dan juga tekanan udara.(sila rujuk mekanik atau manual kenderaan untuk tekanan udara yang tepat).
- Tukar kedudukan tayar anda untuk sekurang kurangnya 6,000 batu.
Tukarkan minyak enjin dan penapisnya (ini perlu dilakukan untuk setiap 5,000 batu dan sangat penting untuk prestasi dan jangka hayat kenderaan anda).
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 15,000KM
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 15,000KM
- Tukarkan penapis udara.
- Tukarkan penapis injap PVC
- Tukarkan mata pengelap cermin hadapan.
- Tukarkan cecair transmisi.
- Tukarkan penapis petrol
- Periksa bateri, kabel bateri dan sambungan pada bateri. Jika ianya perlu dibersihkan atau diketatkan, lakukakannya. Nyawa anda mungkin bergantung kepadanya.
Di antara waktu - waktu servis yang telah ditetapkan, amalkan mengulangi pemeriksaan 5,000 batu di atas. Sentiasa tukarkan minyak enjin dan periksa enjin bagi memastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang terbaik sepanjang masa. Pemeriksaan seterusnya selalunya pada 30,000 batu.
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 30,000KM
SENARAI SEMAK UNTUK SERVIS 30,000KM
- Tukarkan cecair transmisi dan penapisnya.
- Tukarkan cecair kebezaan.
- Tukarkan cecair ‘transfer case’
- Tukarkan cecair brek
- Tukarkan penapis petrol
- Tukarkan penyejuk di dalam radiator.
Jika anda menjaga kenderaan anda dengan betul, ia akan berjalan dengan lancar dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk jangkamasa yang panjang. Paling penting, anda akan berasa yakin akan keselamatan diri anda dan keluarga. Akhir sekali, sesuatu yang dapat menjimatkan wang anda adalah dengan menggunakan pelincir yang berkualiti tinggi seperti yang di tawarkan oleh PETRONAS. Pelincir yang berkualiti melindungi enjin anda daripada rosak, dan memastikannya ia berfungsi pada kadar yang optimum. Ini sekaligus dapat menjimatkan pengunaan petrol dan menambahkan hayat enjin.
Sumber; PETRONAS myMesra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan